Want your
own Fotopage?










 
NHB's FotoPage

By: anak Hj Baharim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Jul-2008 07:29 Email | Share | Bookmark
Mekah Al Mukarramah

Rupa stesen minyak kat Tanah Arab
Perjalanan dr Madinah ke Mekah..
Pandangan Masjidil Haram menghadap pintu 88
Second day di Mekah
Di luar masjid
Lagi view Masjidil Haram
Ready for our 2nd umrah, masa ni miqat di Tanaim
Letih bersaie, kita minum dulu..air zamzam
Rombongan2 dr group jemaah negara lain
Jabal Rahmah
Rehat jap, mentara nk sampai ke puncak Jabal Rahmah
Here we are
Pemandangan dr puncak
Zamrud, nilam, sume ada
Unta berhias
View ke Jabal Rahmah lagi
Khemah2 di Mina
Masjid di Jaranah.. miqat umrah ke-3
Masa nk bergerak ke masjid utk solat magrib
Ramainya umattt
Dah nk gelap
Balik dr Isyak.. singgah melontar kejap
Satu pagi di Mekah..
Lepas shopping sket
Sebelum beriktikaf, amik gambar di Kiblatku dulu
Nampak lapangkan kat dataran ni.. sbb tengah panas terik
Suasana dalam masjid di tingkat atas..
Lagi kwsn jemaah pompuan
di Masjid Hudaibiyah, miqat umrah ke4
Tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah
Unta kat Ladang Ternakan Unta
Di kilang kelambu Kaabah
Yg belakang tu, model dlm kaabah
Kat sini.. xde pekerja pompuan..
Pintu Kaabah yg ada kat Muzium
Telaga Zamzam
Al Quran tulis tangan
Di pintu luar muzium
Pemandangan di waktu pagi, slps solat subuh di Mekah
Bas2 yg bwk jemaah
Hotel kitorng kat area2 sini la
Abang dgn mutawif2 kami spjg ibadah umrah
Ni dh kat Airport kat Jeddah, masa ni pukul 2 am
Dah sampai di bumi Malaysia..
Sori bebanyak sbb tuan rumah amik masa terlaaaalllluuuu lama utk update FP nih. Kekangan masa dan ketandusan idea sebenarnya....

Aku nk bercerita details pun rasanya tak mampu utk masa ini. Memadailah rasanya dgn gambar2 yg ada, utk menceritakan suasana dan keadaan di Tanah Suci. Orng putih kata 'pics speak more than words..


Inilah Baitullah yang menjadi kiblatku selama aku hidup 29 tahun, dan tentunya menjadi kiblat kepada seluruh makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. 31 March 2008, pukul 11.50 pm (kalo waktu Malaysia, tambah 5 jam).. itulah kali pertama aku dan suami melihat sendiri Ka'abah yang slama ini hanya terbayang di mata atau di tikar sembahyang..Subhanallah, Maha Suci Allah, tiada kata2 yg dpt digambarkan, melainkan hanya dgn curahan air mata kegembiraan. Abang sendiri pun sebak..speechless..melihatkan Ka'abah yang betul2 berada di depan mata. Hanya mereka yg pernah melalui pengalaman ini sahaja yg mampu memahami perasaan kami ketika itu ..Syukur Alhamdulillah..

Malam tu kami menunaikan Umrah yang pertama (bermiqat di Bir Ali, berhampiran Madinah) dalam hidup kami.. dan Alhamdulillah, segala ibadah umrah itu dapat disempurnakan sehingga pukul 2.30 a.m. Selepas itu, kami balik ke hotel utk berehat (lepaskan lelah perjalanan 8 jam dr Madinah) dan membersihkan diri.. Pukul 3.45 a.m, kami dah bergerak menuju ke Masjidil Haram utk menunaikan solat subuh. Nak bagitau, jarak hotel penginapan ke Masjidil Haram dlm 200 m..


Masjidil Haram selepas solat subuh


Rindu kami pada Baitullah x pernah pudar. Kalo diizinkan mmg tiap2 tahun kami nak datang lagi ke Tanah Suci ni. Moga Allah murahkan rezeki kami dan jemput kami jadi tetamunya lagi..aminnn


Inilah tempat bersaie.. di antara Bukit Safa dan Marwah.. Satu pusingan saie adalah lebih kurang 450 m.. jadik kalo kali tujuh, dalam 3 km lebih le berjalan.. Mmg berpeluh le dibuatnya. Tapi takpe, kalo penat, mmg blh berhenti rehat, sambil meneguk air zamzam. Ilang penat sambung balik. Kalo yg sebelah kiri gambar ni, jemaah yg tengah bersaie dr Bukit Safa ke Marwah. Nampak tak lampu hijau kat depan tu? Itu permulaan bagi jemaah lelaki berlari2 anak masa bersaie..


Gambar ni aku snap, kat level 1, beberapa jam sblm solat Jumaat. Nampak lapang lagikan..sbb masa ni baru lbh kurang pukul 11 am. First time bersolat jumaat, dan dgr khutbah Jumaat dalam bahasa Arab .


Bersama mutawif favorite kami spjg perjalanan umrah, Ustaz Anwar Musaddat. Muda lagi dan he's so cool Ustaz Anwar banyak membantu dan membimbing kami masa di Tanah Suci. Kalo ade je jemaah yg perlukan pertolongan, seboleh2nya dia akan bantu. Dia x kisah pun kalo kami ajak dia bimbing tika kami nk buat umrah tambahan.. Thanks ustaz, hanya Allah yg dpt membalas segala jasa ustaz. Kami kat sini sentiasa mendoakan kesejahteraan ustaz sekeluarga di sana.. Terngiang2 dgr suara ustaz berbicara


Ni masa kat Kilang Kiswah (Kelambu Ka'abah). Pak Arab yg berdiri tu, beriya2 suruh abang duduk kat tempat dia..Mana nk paham dia ckp Arab, memula tu ingatkan dia marah, kot2 kitorng ade buat salah. Alih2 dia bangun, pegang dan tarik abang, suruh duduk kat tempat dia.. suruh posing tengah mengait sebenarnyaa


Yang ni kat telaga zamzam yg terdapat kat Muzium Haramain. Muzium ni bersebelahan jer dgn Kilang Kiswah. Banyaklah bahan-bahan tinggalan sejarah, terutamanya yg melibatkan Baitullah dipamerkan kat sini. Contohnya telaga zamzam nih. Telaga zamzam yg skrg ni kat Masjidil haram tu mmg dh ditutup utk umum.. Jadi kalo nk tgk mcm mana rupa telaga zamzam yg dulu2, kena la tgk kat muzium je.


Belakang tu adalah Jabal Tsur. Nampak tinggi dan sememangny tinggi pun. Xdelah kitong panjat Jabal Tsur ni, cukuplah bergambar kat bawah ni je. Kat dlm gua Jabal Tsur ni, berlakunya kisah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dari dikejar oleh pihak Quraisy. Bila Rasulullah bersembunyi dalam gua, dengan izin Allah labah-labah buat sarang kat muka gua ni. Jadinya orng kafir x pikir Rasulullah bersembunyi kat dalam bersama Abu Bakar


Tiket penerbangan balik, rasa mcm baru jer sampai..dah nk balik. Flight kami pukul 3 a.m


Abang (with his new image ) dengan Uncle Sam, Makcik Su dan anak daranya, masa kat Airport King Abdul Aziz, Jeddah.


Alhamdulillah, 8 jam penerbangan, kami selamat sampai di KLIA pukul 5 pm..

BEST ERK DAH SAMPAI SANA...
JOM USHAR FP ZAI LAMA TAK JENGUK NOOO...
Sun 27-Jul-2008 07:15
Posted by:Zai kuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>> tenang saja tempatnya...
Sun 27-Jul-2008 17:27
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Bestnyer.... semoga aku pun diberikan rezeki utk ke sana... Mon 28-Jul-2008 14:21
Posted by:tata  - [Link]
cantik betul semua tempat2 kat situkan, ya allah makbulkan doa kami semua jugak untuk sampai ke sana Fri 8-Aug-2008 23:45
Posted by:mamaDania
Seronoknya melihat kebesaran Allah, kite pun teringin nak pergi sana...semoga Allah memurahkan rezeki ... Sun 7-Sep-2008 09:16
Posted by:fida
ya Allah..jemputlah hambaMu ini ke sana..sesungguhnya hati ini teringin sangat untuk menjadi tetamuMu ya Allah.. Wed 10-Sep-2008 04:06
Posted by:azra azra_alia@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.