Want your
own Fotopage?










 
NHB's FotoPage

By: anak Hj Baharim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jun-2008 05:23 Email | Share | Bookmark
Tangisan....



10 JENIS TANGISAN (IBNU QAYYIM)
- tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
- tangisan kerana rasa takut.
- tangisan kerana cinta.
- tangisan kerana gembira.
- tangisan kerana menghadapi penderitaan.
- tangisan kerana terlalu sedih.
- tangisan kerana terasa hina dan lemah.
- tangisan untuk mendapatkan belas kasihan orang.
- tangisan kerana mengikut orang lain menangis.
- tangisan kerana berpura-pura.


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidaklah mata seseorang menitiskan airmatanya kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan. Apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaumnya dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata, sesungguhnya airmata dapat memadamkan lautan api neraka."


TANGISAN TAUBAT NABI ADAM A.S
Nabi Allah Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanyan terhadap dosa yang telah dilakukan. Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari airmatanya itulah Allah telah menghidupkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum airmata Nabi Adam lalu berkata, "manis sungguh air ini,". Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu baginda memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubatnya dan mewahyukan, "Hai Adam, sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air yang lebih lazat dari airmata taubatmu!'


TANGISAN YANG TIDAK DITUNTUT...
- tangisan kerana tidak tercapai cita-cita, bukankah Allah telah menentukan segalanya?
- tangisan kerana menonton filem, bukankah semua itu hanya lakonan semata-mata?
- tangisan kerana cinta tidak terbalas, bukankah jodoh pertemuan itu ditanganNya?
- tangisan kerana gagal dalam peperiksaan, bukankah itu kesilapan sendiri kerana kurang persediaan?
- tangisan kerana hilang duit di perjalanan, ataupun dicuri..mungkin disebabkan kita kurang bersedekah?
- tangisan kerana tidak dinaikkan pangkat, bukankan Allah telah menetapkan rezeki untuk hambaNya?


Junjungan Mulia bersabda,..
"Ada 2 biji mata yang tidak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut pada Allah SWT dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabilillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari kiqmat"...seseorang yang berzikir bersendirian mengenangkan kebesaran Allah lalu bercucuran airmatanya."
"Jika tubuh seorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan pepohonan kering."



AIRMATA TANDA RAHMAT ALLAH
Rasulullah bersabda;
"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara; apabila dahinya berpeluh, apabila airmatanya berlinangan, apabila hidungnya mengeluarkan cecair seperti hingus,
......kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah untuk si mayat.."
(Riwayat dari Salman al Faarisi)


Oleh itu, sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:

"wajahmu dengan linangan airmata keinsafan..."
"lidahmu basah dengan zikir kepada Penciptamu.."
"hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.."
"...dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.."


Quote:
Mak....airmata yang mengalir 'di saat itu' adalah linangan kegembiraan rupanya. Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas roh makku, dan tempatkanlah rohnya di kalangan para solehin..Amin.

Salam LINI.....pe kabar
dah lama tak update erk. Moga lini ceria selalu
Mudah2an dapat ikhtibar segala taskil yang ada disini
amin................
**Lini
acik demam masa ni. so yang amik gambor tu lah acik dilla
Mon 23-Jun-2008 01:22
Posted by:dOd  - [Link]
Re:Eeemm tul ka cam kembar kat tempat keje takder plak org cakap gitu...kot dlm pic kot nampak sama kan...

Thanks kongsi info berguna cam entry nie...
oopppsss satu lagi bila nak add link zai kat tepi tu???
Mon 23-Jun-2008 15:05
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>> air mata yang dikeluarkan kerana penyesalan itulah yang cukup baik...
>> bukan air mata yang dikeluarkan kerana penyanyi kegemaran terkeluar dari AF...
Tue 24-Jun-2008 15:46
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam lini, aku baru baca FP ko. Takziah utk ko. Semoga arwah mak yg ko sayangi ditempatkan dikalangan orang yang beriman Thu 3-Jul-2008 20:50
Posted by:nadia adrus
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 30-Apr-2009 02:28
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.