Want your
own Fotopage?










 
NHB's FotoPage

By: anak Hj Baharim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Sep-2007 08:56 Email | Share | | Bookmark
Kesilapan Kerap Para Muslim di Bulan Ramadhan

Oleh :Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar.
Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, DrMd‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثةلاترددعوتهم, الإمامالعادل, والصائمحتىيفطرودعوةالمظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إنللصائمعندفطرهدعوةلاترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Dicedok, utk dikongsi bersama dari shimahz.blogspot

Lini,
You've been tagged .... check out my FP for details!
Mon 1-Oct-2007 01:27
Posted by:Mama Danial  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Sep-2007 04:40 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan 1428H

Kepada semua Muslimin dan Muslimat...
Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, bersama-samalah kita mempertingkatkan keimanan dan banyak-banyak bertaubat, semoga ALLAH S.W.T akan menerima amal ibadat kita dan dimasukkan kita ke dalam syurga-syurga yang dihiaskan oleh-Nya.




Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."



slmt berpuasa..... Sun 16-Sep-2007 01:19
Posted by:(¯`♥-sirloin_skipper-♥´¯)  - [Link]
selamat berpuasa Lini.....
ah buat kuih raya belom
Mon 17-Sep-2007 13:40
Posted by:dOd  - [Link]
REPLY:
Bro jeff: salam ramadhan utk bro and family too.
effa a.k.a mummy QnQ: salam ramadhan too
azah: thanks aza for the wish, eid mubarak too
SS: moga puasa kita diberkati olehNya...amin
Dilla: mcm biasa, kuih raya order dgn mak je
Wed 19-Sep-2007 01:35
Posted by:Lini  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 00:50 Email | Share | | Bookmark
How to Cook Dadih?

Pudding powder
The moulds
Water + sugar = boil
View all 6 photos...
INGREDIENTS

- 3000 mL water
- 3 spoons / 100 g sugar
- 1 can evaporated milk
- 1 packet fruit bean curd pudding powder

METHOD

- Boil water and sugar.
- Add evaporated milk.
- Turn off the flame. Then add the fruit bean curd pudding powder and stir for 5 minutes.
- Pour into moulds.
- Put dadih in refrigerator to keep it cool and fresh.


Senangkan?? Sesuai sgt buat dessert bukak puasa nanti. Bukan budak2 jer yg suka, mak budak, bapak budak, datuk, nenek pun gerenti sukanye lahhhh

wow lini bestnya dadih.....nih
kak dilla pun pernah gak buat yg readymade nih
boleh dapat banyak gak....drp beli kat pasar satu dah RM1.50. banyak beza tuh
Fri 14-Sep-2007 22:30
Posted by:dOd  - [Link]
wahh menariklah..mana nk carik pudding powder tu yer? Mon 29-Oct-2007 05:40
Posted by:*tinie*
Jom rasa Dadih Eksklusif yang lazat...konpem tak sama dgn dadih di luar sana..
Sedia terima tempahan untuk majlis perkahwinan @ majlis majlis keramaian..
http://darasignature.fotopages.com
Thu 8-Nov-2007 08:46
Posted by:darasignature
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 4-Sep-2007 00:20 Email | Share | | Bookmark
My Sister's Convocation

Waiting...
Lega.. dah selesai
Sementara tunggu graduan keluar dewan
View all 18 photos...
Alhamdulillah.. finally Diploma is in her hands... tapi perjuangan masih belum selesai tau....







Congratulations Dekda....
Kak Yong, Abg Anip, Mak, Abah and Angah WERE SO PROUD OF U..


by the way, masa kat PTSB tu, terjumpa plak dgn kawan lama masa kat KTC, UTM.. Siti
Anizah dgn Raja Intan.. huh, panjang citer le jadiknya...

jumpa anizah and intan
huhh..wat a small world
Fri 7-Sep-2007 12:23
Posted by:azah
tahniah utk dekda....Moga berjaya hingga keseterusnya......
** Lini
org jawo kata Monggo Mamper tuh " silalah singgah alalala Welcome ghitew'
Mon 10-Sep-2007 05:13
Posted by:dOd  - [Link]
>> tahniah untuk your sis...
>> langkah pertama menuju kejayaan yang lebih besar...
Tue 11-Sep-2007 09:14
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 31-Aug-2007 00:50 Email | Share | | Bookmark
Merdeka Celebration with Pak Omar's family

Pak Lang with Nurul Iman and Azri Muhaimin
Sama tak muka Pak Usu dgn muka Pak Lang???
Dinner time
View all 8 photos...
We're having a small gathering with mak, ayah, Along's family and Azmil at our house, slalu tu berkumpul kat Beranang je..tukar angin pulak kali ni..


Ni lah Nurul Iman...tang pipi kembong tu yg mahal skali..


Abang Ngah posing gaya model...

lini..mak mertua hang, nampak muda Thu 6-Sep-2007 21:17
Posted by:azah
suka tengok pipi Iman...mahal nih Mon 10-Sep-2007 05:15
Posted by:dOd  - [Link]
Add comment


Thursday, 30-Aug-2007 08:20 Email | Share | | Bookmark
Merdeka Ibu Pertiwi 31 Ogos 2007



Damainya Negeriku

Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeriku... Malaysia.



Oleh: Tun Dr. Mahathir Mohamad, 31 Ogos 2004.

Salam Kemerdekaan yang ke-50 untuk semua rakyat Malaysia, marilah bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat, keamanan dan kesejahteraan yg kita nikmati selama ni..Semoga kita akan terus menikmati kemakmuran negara yang bebas merdeka..Amin.......

>> salam merdeka untuk semua anak malaysia... Thu 30-Aug-2007 18:01
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Tuesday, 21-Aug-2007 01:06 Email | Share | | Bookmark
Together We Unite

We work together...
We live together....
We fight together...
We laugh together...
We train together...
We stand for good together...
We make the differences....
We are from Centre for Foundation Studies, UNISEL.



Pic taken during farewell lunch for Raja Noor Farah Azura

>> bersatu teguh...
Sun 26-Aug-2007 16:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
lini ko buat aku berdebar plak..lps JHP ada yang lain..ohhh..apakah itu..tertanya2nya Tue 28-Aug-2007 00:07
Posted by:azah
Add comment


Monday, 20-Aug-2007 03:13 Email | Share | | Bookmark
Rendang Kerang Minang

Ingredients
First step
Stir to mix
View all 5 photos...
Wanna try Rendang Kerang Minang? I've learn to cook this from my mother in law...
Well, here is the recipe that'll help u

Ingredients:
- 1 1/2 kg cockles (grilled, kerang dibakar atau rebus pun buleh)
- 4 - 6 bird eye chillie and 2 dried chillie (blended)
- Coconut milk (1 coconut)
- 1 onion (sliced thinly)
- 2 cloves garlic (sliced thinly)
- 2 pieces dried tamarind
- 2 stalks lemon grass
- 3/4 inch ginger
- Tumeric leaves (shreded)
- Tumeric powder
- 1/2 spoon fried kerisik
- 4 pieces daun limau purut
- Salt and sugar to taste

Method:
- Put all the ingredients...(except for kerisik, salt and sugar) into a pot / frying pan.
- Cook on slow fire and stir continuosly.
- Add in kerisik, salt and sugar, and cook until the rendang is sort of dry.

Tadddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

wah lini, rendang kerang ni nampak simple.. masukkan je semua.. hehehehe.. aku copy dulu resipinyer.. Tue 21-Aug-2007 02:09
Posted by:asmahani honeydew_78@yahoo.com  - [Link]
>> rendang kerang ni kalau makan dengan nasi lemak mmg power wo... Tue 21-Aug-2007 23:57
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
wow lini...bau sampai bangi nih
patut lah dok intai tadi sape pulak yg masak sedap nih

Mon 3-Sep-2007 00:52
Posted by:dOd  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 16-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Special Entry to My Friend....

To Azah........
Moga segala urusan study ko dipermudahkan...Amin. Tak sabor nk panggil Dr Norazah Basar!!!

Bilik ko.. masih mcm biasa dr luar. Kat dalam aku tak tau le..


Kenal tak mamat yg sebelah brader hensem tuh??? ..



p/s: Azah, lps JHP ni, JK apa lak?????


Quote:
MamaFami ----> kita sama2 doakan...amin
Azah ---> Dia sonok jumpa member, but deep in my heart, aku rasa kesian plak kat Am. Hidup membujang, semua kena urus sendiri. Sib baik le Am jenis yg independent. . Takpelah Azah, nk buat camner kan, kalo nk berjaya, mesti ada pengorbanankan.. . Lps JHP, ada sambungannya la Azah...kitorang dh tau le....
WanZee ---> Amiiinnnnn kak Wan
Jihan ---> Aku pun tau2 citer ko dr Nana gak. Ari tu mmg plan mengejut nk ke umah Dilla tuh, Takpelah, next time kalo aku turun JB, Nana wajib organize gathering kita semua. Takpun kalo ko dtg sini, singgah le ke umah aku.
Ahlil Nujum ---> Sama dgn firasat aku nih
Jeff ----> soon, tentu akan berhasil..kan Azah???
Suria ---> Komen 1 = Ala...hang pun nk gak spesel entry ke?????
Komen 2 = Dlm bilik azah tu, ada lebih kurang kt lab hang x?..
Komen 3 = Tau takpe...

menurut tilikan pak blalang... selepas JHP tu.. nampaknya.. JKL.... hehe... Sat 18-Aug-2007 08:43
Posted by:ahlil nujum pak blalang....
>> insyaAllah, berkat doa semua yang mengambil berat semuanya pasti akan membuahkan hasil yang diharapkan... Sun 19-Aug-2007 17:22
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Komen 1 - Lini!! spesel entry utk aku tarak ka???
Komen 2 - aku tau rupa bentuk dlm bilik azah tuh!! fuhh... tahap gaban punyer!!!
Komen 3 - Dua dua BRO tu pun hensem.. harharhar!!!
Tue 21-Aug-2007 00:07
Posted by:SU  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 15-Aug-2007 01:10 Email | Share | | Bookmark
BMB Get Together

Amik gambar dulu
Erina dah start kluarkan harta karun
Dania yg sentiasa tak dok diam
View all 8 photos...
Lama giler tak jumpa Dila, yelah, yg terakhir masa Dila tgh pregnantkan Erina (masa tu kita gathering kat rumah Aza). Kiranya this is the first time auntie Lini and uncle Anip tgk Erina and Intan. Dania, auntie Lini pernah lawat masa hari raya tahun lps, but masa tu Dania was so small, baru 3 bln rasanya. Papa Dania pun masih pakai Perdana hitam time tuh . Sekarang sudah upgrade maa........ . Kalo mcm ni, buleh le auntie Lini and uncle Anip tumpang balik Taiping raya tahun nih!

Dila, maintain kecik mcm dulu jugak..Busy mommy, mana dgn nk study, nk handle 2 kids, husband, rumah etc.. tapi masih sempat masakkan bakso utk kitorang. Thanks a lot Dila and family. First time makan bakso ni, no bad!!. Dila lps ni boleh poskan resepi bakso. Nanti kita pun nk try masak bakso sendiri plak By the way.. keta Dila cun woooooo!! Sesuai dh kalo nk membesarkan family..

Minum petang kat laman lagi....., Dila busy preparing bakso


Auntie Lini and Uncle Anip with Intan, Dania and Erina

p/s = Baru aku perasan, Intan mmg ikut muka Nasa, Erina muka mamanya..

Skali skala jumpa kawan2 lama.. mmg best!!.. Tapi kalo ramai lagi yg dpt join lagik bestkannnn

Dila --> mmg best jumpa kawan2 lama, kakak tu pandang tv time tu..
Azah --> Best azah, makan bakso, lagi best sbb makan preee
Jeff --> Ni x cukup meriah lagi bro.. x cukup corum
Tue 21-Aug-2007 01:06
Posted by:Lini  - [Link]
wah..seksi betul dania ---gambar ngan auntie lini tu.. Thu 23-Aug-2007 05:31
Posted by:mama Dania  - [Link]
kalau ada yg turun jb jemputlah singgah ke rumah, .. yerlah walaupun masing2 dah sibuk dgn kerjaya, rumahtangga dan urusan keluarga tapi kalau ada masa kumpul ngan kawan2 mcm nie kan seronok...release tensionnnn( sbb tgh tension giler maid buat hal masa tu) thanks auntie lini,uncle anip, uncle aklam, auntie nana and dania coz sudi dtg rumah erina n intan... suka sgt kalau org dtg rumah...blh ajak main..
aza...takper kalau nak mkn bakso nanti balik m'sia kita kumpul lagi..
Mon 10-Sep-2007 02:29
Posted by:mama erinaintan
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.