|
|
| Wednesday, 11-Jun-2008 09:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Madinah Al Munawwarah-Part 3
|
 |
|
Dalam bas, sblm memulakan perjalanan
|
|
 |
|
Di kawasan Masjid Quba
|
|
 |
|
Kat ladang kurma, mcm estet kelapa sawit, tapi x sama.
|
| | View all 24 photos... |
|
Semoga hati kita terpaut dan terpanggil utk menjadi Tetamu Allah.. Amin...
Di hadapan Masjid Quba, masjid ke-4 termasyhur dalam Islam, selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
| Quote: | Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.
Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)
Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. |
Di sekitar kawasan pergunungan Uhud. Di sinilah berlakunya Peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijriah, yang telah menyaksikan 70 orang tentara muslim gugur dalam jihad itu. (Baca peristiwa itu dalam QS Ali Imran: 152-158).
| Quote: | Perang Uhud
Berlaku pada tahun ke-3 Hijriah di antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Pihak Quraisy keluar dari Mekah dengan 3000 orang tentera manakala pihak Muslim pula keluar dari Madinan di bawah seliaan Nabi Muhammad S.A.W seramai 1000 orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdullah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama 300 orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan kubu pertahanan mereka untuk bersama-sama memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama (di pihak musyrik) tentera berkudanya mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah belahkan tentera Muslin dan melemahkan pertahanan mereka. Kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Ubai bin Khalaf mengambil kesempatan untuk membunuh baginda Rasulullah, namun baginda mengambil lembing dan terus menikam Ubai sehingga mati.
Baginda Rasulullah turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung di dalamnya. Ini menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, luka di pipinya, gigi patah dan baginda turut pitam di dalam lubang itu. Kemudian muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya mengalami cedera parah.
Lebih 70 orang tentera Muslim syahid manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dada Hamzah telah dirobek dan hatinya telah dikunyah oleh Hindun, isteri Abu Sufyan. Baginda Rasulullah telah memerintahkan agar mereka yag syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
|
Perkuburan syuhada di Jabal Uhud..Di belakang pagar tu dapat dilihat maqam Saidina Hamzah yang syahid pada Perang Uhud.
Borong kurma, kacang2, coklat dll kat pasar kurma. Kat sini, kita blh cuba dan rasa kurma2 ni sampai kenyang.. halal..halal..halal
Semasa mendaki ke Gua Uhud (lubang yg gelap tuh). Dah terlupa, apa peristiwa menarik yg berlaku kat sini. Nanti rujuk kat ustaz balik
Sampai jugak kami kat Gua Uhud ni. Nampak rendah, tapi sbnrnya berpeluh2 jugak nk sampai kat sini. Di sekitar gua ni, penuh dgn tahi2 kibas.. bersepah2. Pulak tu, masa kami pegi tu, keadaan berangin.. apalagi.. menusup ke idung bau tahi kibas nih. Tapi yang ajaibnya, bila berada dlm Gua Uhud ni langsung x depun bau tuh. Punyalah wangi bau dlm Gua Uhud ni, baunya sama dgn bauan di karpet di Raudhah tuh. Menurut pak ustaz, bau wangian dalam gua ni adalah semula jadi. Xde sesapa pun yg sapukan minyak attar kat batu2 tuh.. Kuasa Allah kan
Permandangan di Masjid Nabawi selepas subuh. Subuh terakhir kami di Masjid Nabawi
Kubah hijau di Masjid Nabawi.
Masa ziarah di Madinah ni, kitorang ziarah jugak ke masjid Tujuh, Masjid Qiblatain (tempat Nabi dapat wahyu Allah yang memerintahkan baginda mengubah kiblat drpd Masjid Al Aqsa ke Masjidil Haram), kawasan lapangan magnet dan sekitar bandar Madinah. Tapi yg x sempat nk snap gambor, kalo ade pun gambornya blur.. so xyah la tepek ye.
Lagi satu.. teringin nk paparkan gambar di dalam Masjid Nabawi, tapi nak buat camner, dlm masjid tu mmg xdibenarkan bawak camera
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-May-2008 04:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
SesungguhNya kita hanya merancang, namun Allah yg Maha Menentukan...
Setelah genap 30 hari mak berada dlm keadaan koma, pada 11 Mei 2008 bersamaan 5 Jamadiawal 1429H, pukul 1.40 pm, mak kami yg dikasihi Hajah Hindun bt. Ngah Mat Sah telah kembali ke Rahmatullah. Di saat orang lain meraikan sambutan Hari Ibu.. dia pergi menyahut panggilanNya. Memang disaat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, abah, aku dan adik2 dan abang ada di sampingnya. Dia pergi membawa segala kesakitan dan penderitaan yg ditanggungnya selama ini. Sesungguhnya aku dan keluarga redha dgn ketentuan Allah ini. Walaupun pahit untuk diterima, namun aku pasti Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..
Ya Allah, berikankan aku dan keluargaku kekuatan,
tabahkanlah hati kami menerima ketentuanMu..
Ya Aziz, Ya Ghaffar.. ampunkanlah segala dosa-dosa mak aku,
Kau bersihkan dia dgn segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini...
Muliakan sebutan namanya disisiMu..
Lapangkan dan terangkanlah kubur persemadiannya..
Jauhkan dia dari azab kubur.. Kasihanilah dia Ya Allah..Kasihanilah dia Ya Allah
Dia adalah hambaNya yg patuh dgn segala perintahMu..
Dia seorang isteri yg mithali, taat pada suaminya...
Dia anak yang solehah pada ibu dan bapanya...
Dia emak yg amat sempurna.. mendidik kami mengikut tuntutanMu dan membesarkan kami dgn penuh kasih sayang...
Dia adalah kakak yg bertanggungjawab membesarkan adik-adiknya sehingga berjaya..
Ya Rahim...Cucurilah rahmatMu ke atas roh mak kami..
dan tempatkanlah dia di kalangan hamba-hambaMu yg soleh..
Ya Allah Ya Tuhanku.. satukanlah kami, satukan kami dgn Mak kami di Akhirat, sebagaimana Engkau satukan kami di duniaMu ini......dan Engkau angkatkan kepada kami darjat yang tinggi di dalam Syurga FirdausiMu.....
Aminnnnnnnnn Ya Rabbal alamin...
Al-FATIHAH
Gambar ni masa mak di Hospital Taiping, 5 hr sblm aku dan suami berangkat ke Tanah Suci
Anak mak......Dekda amik unpaid leave slm sebulan semata2 nk jaga mak kat umah, tapi hanya seminggu saja mak dpt dok kat umah
Di saat konvokesyen Dekda...
My family....masih ada lagikah senyuman yg tinggal dihati kami???
| Quote: | | Dia pergi tanpa sempat menatap wajah aku dan abang sekembalinya kami dr Umrah......Dia pergi tanpa sempat menunaikan hajatnya untuk hadir pada Majlis Konvokesyen menantu kesayangannya..dan yang paling aku terkilan..... Allah ambik dia dari kami sebelum mak sempat merasai keseronokan bergelar Opah untuk cucunya sendiri.............................. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-May-2008 04:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Madinah Al Munawwarah-Part 2
|
|
Hari pertama di Madinah hanya dipenuhi dgn ziarah dalam (sekitar Masjid Nabawi) dan beribadah shj. Lagipun penat perjlnan 8 jam dlm flight pun x ilang lagi.
Pagi tu, slps sarapan, kitorng dgn jemaah lelain berkumpul di dpn hotel, kira2 pukul 7 am. Then, dgn diiringi ustaz-ustaz (ustaznya muda belia belaka ), kitorng pun beramai2 bergerak ke perkarangan Masijid Nabawi. Dgn pimpinan pak ustaz, kitorang beramai2 memberi salam dan membaca doa untuk Rasulallah s.a.w, kemudian kepada Abu Bakar As-Siddiq, dan diikuti salam kepada Umar Al Khattab. Selesai bacaan doa, kitorang bebas utk buat aktiviti masing2. So aku ikut makcik2 yg nak ke Raudhah, abang nk ke Masjid utk ngaji dan buat solat sunat. Janji jumpa kat kedai minyak wangi dpn jam besar dlm 1 jam lagi.
Kat dpn hotel..
Lps baca doa.. kitorang pun berpisah.. ikut haluan masing2..
Jadiknya dipendekkan citer, aku pun membontotilah makcik2 ni carik pintu utk ke Raudhah.. Pusing punya pusing, dah sampai ke hujung sblh sana dah..adoi.... ingatkan ada yg tahu.. rupanya masing2 pun blur. . Jadik aku amik keputusan utk patah balik ke dpn then masuk ikut pintu utama. Rupanya kalo nk ke Raudhah, just ikut je lorong yg disediakan (diletak divider warna putih di kiri kanan). Alhamdulillah, sampai gak aku diperkarangan Raudhah tuh. Disebelah kiri Raudhah tu terletaknya maqam Rasulallah, Abu Bakar dan Umar. Tapi kalo di bahagian jemaah pompuan ni, mmg x nampak apa, sbb terhalang dgn dinding..Jadinya aku hanya dpt memberi salam (dan menyampaikan salam org pd Rasulullah) dari jauh shj. Terkilan sgt, sbb kalo blh aku mmg teringin nk tgk dpn mata. Nak buat mcm mana.. Dah peraturan disitu x membenarkan jemaah pompuan menziarah dgn dekat.. Ya Rasullallah, tiada lain yg kuharapkan melainkan syafaatmu di hari akhirat kelak.. Amin...
Di kawasan Raudhah tu, punyalah ramai jemaah pompuan yg berasak2, berebut nk solat di situ. Arab, Turki, Bangladesh, Pakistan, India.. Indonesia, Malaysia.. sume adalah. Kat situ, x leh main redah jerr, kena ikut negeri. Diorang buat sistem giliran. Yg Turki satu tempat, India satu tempat, Malaysia dgn Indon satu tempat. Kira ikut turn, utk kurangkan kesesakan kt kwsn Raudhah tu. Tapi mana yg x reti bahasa dan kurang sabar tuh, main masuk je.. . Alhamdulillah berkat kesabaran, dpt gak aku menunaikan solat taubat, solat hajat dan solat dhuha di Raudhah. Syukur kehadratNya.. Ya Allah, terimalah taubatku, ampunkan segala dosa-dosaku, dosa suamiku dan dosa kedua orang tuaku. Engkau perkenankan doa dan hajatku, sebagaimana Engkau makbulkan doa para Rasul dan NabiMu..Amin.
Lupa nk mention, kwsn Raudhah dibezakan dgn kwsn lain dgn karpet hijau. Kalo tempat solat, sume dihamparkan karpet merah. Bau di kwsn Raudhah ni, teramat-amat wangi. Aku tak pasti sgt samaada bau tu dr minyak attar yg diletakkan atau bau natural..Wallahualam.
Selesai solat sunat di Raudhah, aku pun kluar masjid, pegi ke tempat yg aku janji nk jumpa abang. Tunggu punya tunggu tak nampak pun bayang. Bila call rupanya dia dh balik hotel. Mana taknya, aku lewat 45 minit dr masa yg kitorng janji.. . Sori bang, tak sengaja. Bukan senang nk dpt peluang ke Raudhah tu..
So balik hotel, berehat je.. dptlah melelapkan mata dlm 2 jam. Sedar jer terus bersiap2 utk ke masjid utk solat zohor. Saje kitorng gi awal sket, blh carik tempat yg berkarpet. Kalo lambat, jawabnya kena solat kat sblh2 tiang, takpun kat pintu2 masuk tu. . Blh tu mmg blh, tapi kurang selesa la sket.
Lps solat zohor...
Itu ajelah aktiviti hari pertama kitorng di Madinah. Petangnya kitorang dh start tawaf kedai2 sekitar Masjid Nabawi tu, shopping jubah laki utk anak buah dan beli Al-Quran utk diwakafkan di masjid. Jubah utk pompuan mmg banyak dan cantik2 kat Madinah ni. Kalo pandai tawar, blh dpt paling kurang pun SR 35. Ada gak yg mencecah lbh SR 100. Ada yg aku berkenan, tapi tak beli, sbb aku ingt nk shopping jubah kat Mekah je. Skali bile dh ke Mekah terasa nyesal plak tak angkat jubah ari tu.. sbbnya jubah yg dijual kat Mekah x byk variety, pattern lbh kurang sama je. ..pendek kata lagi cantik jubah kat Madinah! Mana nak tau, sbb xde sapa pun bgtau aku pasal ni
Pastikan bawak air minum sblm start merendek..
Day 2, kitorng ziarah luar di Madinah.. bersambung di next entry.
| Quote: | Just nk update perkembangan mak aku. Setakat ini, keadaannya masih sama, masih belum sedar lagi . Hari ni genap 28 hari dia x sedarkan diri, hampir sebulan dah . Lately bpnya drop, so Dr terpaksa masukkan ubat utk maintainkan tekanan darah. . Pada korang yg mendoakan kesejahteraan mak aku, terima kasih banyak2. Moga Allah makbulkan doa kita semua. And thanks alot pada yg sms dan call aku....really appreciate it!! di saat2 aku mencari sisa kekuatan yg masih ada dlm diri aku nih . |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Apr-2008 00:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Madinah Al Munawwarah-Part 1
|
|
Maaf krn mengambil masa yg agak lama utk menyambung coretan perjalanan kitorng di Tanah Suci. Bukan aku x berminat utk terus berkongsi pengalaman di sana, tapi tika dan saat ni, hati dan perasan aku tidak begitu tenang, risau dan runsing. Allah saja yang tahu.... Sebenarnya, utk makluman sume, mak aku kini berada di wad ICU, Hospital Ipoh. Dia tidak sedarkan diri (sejak hari Sabtu 12/4/08, iaitu pd hari aku nk balik berjumpa dgn kluarga di Taiping slps kembali dr umrah), dan setakat ini mak dah menjalani sbyk 2 kali pembedahan disebabkan pendarahan dlm otak dan 1 pembedahan tebuk di trakea pd hari Rabu berikutnya. Dan sehingga kini, hari yang ke-14, mak masih belum sedar, respon ada tetapi terlalu lemah..dan Dr mengatakan mak blh diibaratkan dalam keadaan koma..... Ya Allah, Engkau yg Maha Mengetahui dan Berkuasa di atas segala ketentuan ini. Kalo ada yg mengenali mak aku, aku mohon dibuatkan solat hajat utknya, ataupun paling tidak mendoakan moga mak aku cepat sedar dari ‘tidurnya yg panjang ini’ dan pulih semula..Amin.
Itulah sebab utama yg menyebabkan aku tidak berupaya menyambung kisah perjalanan umrah kitorang. Namun, untuk tidak menghampakan permintaan kwn2 (yg personally request), aku kuatkan semangat dan cuba cari masa utk aku sambung semula coretan kisah kitorng di Tanah Suci Madinah dan Mekah.
Alhamdulillah kitorng selamat mendarat di Madinah Airport pd 29/3/08, jam 2.30 a.m. waktu tempatan, time tu kat Malaysia dah pukul 7.30 a.m. Saat aku menjejakkan langkah yang pertama di bumi Rasulullah s.a.w, tiada kata yang terungkap, melainkan air mata kegembiraan. Puji dan syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan izin dan rahmatNya, dalam ramai2 hambaNya, aku dan suami adalah di antara yg terpilih menjadi tetamuNya di Tanah Suci ini. Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Apsal terkeluar 'q' bang???? Gambor blur laa.. sbb time ni tgh blur-blur
Selesai urusan immigration dan bagasi mengambil masa lbh kurang 1 jam, rombongan kami pun bergerak ke Hotel Al Fayroz. Perjalanan dari Airport ke Hotel hanya mengambil masa kira-kira 10 minit shj. Saat itu, suasana sekeliling gelap (sbb masih malam kan), dan cuaca xdelah brapa sejuk, kalo kat Malaysia tu, sejuknya mcm masa musim hujan. Apabila menghampiri kawasan hotel, Ustaz Anwar (mutawif yg membimbing rombongan kami sepanjang ibadah umrah ini), terus memaklumkan, agar jemaah menoleh keluar sebelah kiri. Guess what????? Disitulah tersergam indah Masjid Nabawi..Masjid Nabi, masjid yg selama ini hanya aku lihat di dlm gambar atau dalam TV. Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah. mmg cantik sgt Masjid Nabawi ni, tak dpt nak dibandingkan dgn mana-mana masjid yg ada di Malaysia. Dan yang paling menggembirakan, di saat itu, aku terasa amat-amat hampir dgn Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, aku datang ya Rasulullah, aku datang dari jauh semata-mata untuk menziarahimu..betapa rindunya aku terhadapmu wahai kekasih Allah..tiada apa yg kuharapkan selain dari syafaatmu di akhirat kelak….amin.
Urusan check-in di hotel selesai kira-kira jam 4 a.m. Slps dpt kunci bilik, kitorng pun angkut segala beg dan masuk ke blik. Alhamdulillah keadaan bilik mmg sgt2 memuaskan, mana taknya, kitorng dpt suite lagi . Mcm hotel kat Malaysia gak, cuma hotel kat sini mmg takde sediakan kettle di bilik2. Housekeeping hanya bila kita request. Kalo x ckp.. sampai bila pun diorng x akan buat housekeeping. Lagi satu, iron mmg x di provide walaupun kita mintak. So spjg kitorng ada kat sana, mmg baju-baju sume x pernah bergosok. Belasah jer la..Apa nk herankan
In our suite
So masa kitorng nk masuk bilik tu..terdengar azan subuh yg pertama, lbh kurang pukul 4 a.m. tujuannya utk kejutkan orng bangun. Nasib baik ustaz dh inform awal2, kalo tak mau panic dibuatnya, sbb kitorng blm lagi solat isyak. So masuk bilik unpacked mana2 yg patut, then terus solat jamak ta’khir isyak maghrib. Kemudian amik masa kejap utk cuci muka, gosok gigi then terus bersiap2 utk solat subuh di Masjid Nabawi, subuh masuk pukul 4.50 a.m.
So dari hotel kitorng berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke Masjid Nabawi. Seronok sangat tengok suasana waktu subuh di sekitar Masjid Nabawi. Saat tu, yang besor, yang kecik, yang itam, yang cerah..baik laki maupun pompuan, masing2 sumenya berkejar utk ke masjid, semata-mata utk mengadap Yang Esa dan merebut ganjaran solat berjemaah di Masjid yg penuh barakah.
Satu solat yang dikerjakan di masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih utama daripada 1000 solat dimasjid-masjid yang lain kecuali Masjidil-Haram. Dan satu solat di Masjidil-Haram adalah lebih utama daripada 100,000 solat di masjid-masjid lain
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada sahabat Jabir r.a)
marilah tunaikan solat....
Masjid Nabawi ni ada byk pintu. Aku dah tak ingat pintu no brapa yg aku masuk. Tapi yg pasti pintu dr arah Hotel Alfayroz tuh. Kat pintu-pintu masuk, polis wanita (a.k.a mak guard la) dh stanby. Check bag yg jemaah bwk masuk ke dlm masjid. No camera pls!!!!! Kalo hp bercamera pun diorng suruh switch off. Sib balik suruh off.. buatnya kena rampas..mau aku telan air liur jer laaaa . Nasib baik….
Melangkah masuk je ke Masjid Nabawi.. membuatkan aku tergamam seketika. Subhanallah.. suatu perasaan yg tak dpt digambarkan. Lain rasanya kalo dibandingkan bila kita masuk ke masjid2 yg lain. Taknak buang masa, aku terus carik ruang2 yg ada utk solat. Nak ke depan, mcm dh crowded sgt. Nak tak nak, terpaksalah aku menyelit2 di sebelah org2 Arab / Turki yg ada berhampiran dgn pintu masuk tuh. Tapi masih di ruang saf yg berkarpet merah. Nasib baik muat. Alhamdulillah untuk pertama kalinya, dpt jugak aku solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi.
Antara kelainan solat kat sini (Madinah mahupun Mekah) kalo dibandingkan di Malaysia, satunya; selesai jer solat fardhu berjemaah, akan diikuti pulak dgn solat jenazah. Mmg tiap2 waktu ada solat jenazah. Jadi sapa yg nk solat, blh ikut bersolat, kalo taknak pun xpe, terpulang masing-masing. Satu lagi slps solat fardhu, mmg xde doa yg dibaca oleh imam. Aku sendiri tak pasti mengapa, tapi mungkin sbb segala ayat dan bacaan kita di dalam sembahyang itu pun sebenarnya dah menjadi doa (samada kita sedar atau tidak akan maksud dlm bacaan sembahyang itu Renungkanlah... )Jadik kalo kita nk berdoa, berdoalah sendiri2.
view Masjid Nabawi
Selesai solat subuh, aku terus keluar pegi ke tempat aku janji nk jumpa abg. Lama jugak aku tunggu kat situ. Mana abang ni..x nampak batang idung pun . Takpe.. sabor..sabor . Rupanya abg amik peluang utk ziarah maqam Rasulullah dan bersembahyang sunat di Raudhah. Alhamdulillah…. Ni yg buatkan aku x sabar nk tunggu siang sbb kalo utk jemaah wanita, waktu utk ziarah makam dan solat di Raudah hanya sekitar pukul 7 a.m – 9 a.m shj.. amat-amat terhad. Insyallah, insyallah, moga Allah permudahkan langkah aku ke situ nanti. Kalo utk jemaah lelaki.. anytime diorng blh pegi kecuali masa utk jemaah wanita tu je.
Need to stop..nanti aku sambung balik.…..Insyallah
background Masjid Nabawi.. masa ni dh pagi..lbh kurang kul 7.30 am
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ya ALLAH....HambaMu datang Menyahut SeruanMu...
|
|
Terasa berabuknya umah aku ni, dah lama x mengemaskan.. Sebenarnya bukan xde citer yg interesting utk dikongsi, tapi disebabkan perasaan yg bercampur baur kebelakangan ni, mengenangkan masalah kesihatan mak (Insyallah kalo ade kelapangan, akan aku citerkan kat sini dugaan besar yg Allah berikan pada keluarga aku), membuatkan aku rasa down sgt2... ..Kepala otak ni mmg x pikir lain, asyik teringatkan mak jer kat hospital... Ya Allah.. kuatkan aku dan kluargaku menerima ketentuanMu ini.....
Back to the main story.. Entry hari ni, hanyalah sekadar intro tentang catatan perjalanan aku dan suami ke Tanah Suci. Sebenarnya, kitorng mmg dah lama merancang utk menunaikan umrah ni..seawal bulan Disember tahun lps lagi kami dh daftar dgn Andalusia Travel & Tours. Dan tarikh penerbangan yg kami pilih adalah dari 28 March - 9 April, lbh kurang 12 h, 10 mlm. Kiranya kitorang ni, batch pertama yg menggunakan Visa Umrah utk tahun ni.
Alhamdulillah, kitorang dpt follow 3 kali kursus umrah yg disediakan oleh pihak agency pada setiap ari Ahad. Pihak agency kata bab2 ibadah kat sana tak perlu risau sgt, sbb Insyallah sepanjang kitong kat sana nanti, para mutawif akan sentiasa bimbing kitorng. Alhamdulillah, mmg betulpun apa yg diorng kata tu. Pantang ade masalah je, cpt aje ustaz2 tu tolong, baik bab2 ibadah, maupun masalah2 yg x diduga.
Seawal bulan Februari lagi kitorang dh settlekan full payment dgn pihak Andalusia. Tapi mcm yg aku ckp, hati ni sebenarnya berbelah bagi utk meninggalkan mak dlm keadaan macam tu. Hati mana yg tenteram kalo mengenangkan keadaan mak yg terlantar kat hospital, yg hanya mampu berbaring, menanggung penyakit yg x pernah terduga dek kami selama ini . Tp abah kata takpela.. pergi je... 'moga2 berkat berdoa di Tanah Suci,Allah makbulkan doa-doa kita sume'. Saat itu, mmg aku berdoa sgt2, agar Allah bagi petunjuk pada aku. Kalo mmg ada rezeki aku utk sampai ke Tanah Suci, aku mintak sgt moga segala urusan kitorng dipermudahkan dan keadaan mak aku beransur baik. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Segala urusan passport, dokumen2 sume selesai dlm jangka masa yg dikehendaki. Cuma visa jer yg blom confirm dpt. Pihak Andalusia ckp, Insyallah, seminggu sblm berangkat, visa sume akan selesai...Seminggu nk berangkat aku call, kata visa blom approved.. 5 hari nk berangkat pun sama jawapannya, 4 hari lagi nk berangkat pun katanya blm dpt lagi.. Finally 3 hari nk berangkat barulah ada nama kitorng.. Cuak gak menunggu kelulusan visa time tu. Aku paling risau kalo terjadi mcm sesi umrah thn lps, masalah visa x lepas. Time tu ade jemaah yg delayed ke Tanah Suci makan berminggu2 dr jadual asal (termasuk bapak sedara aku). Alhamdulillah walaupun sampai gak dia ke sana, tapi jenuh jugaklah nk rearrange schedule kt sini.
Ari Jumaat, 28 Mac kitong berangkat meninggalkan umah kira2 pukul 3 ptg. Kitong gerak dulu ke Kimia Malaysia, PJ. Dari situ, dgn bantuan Muadzam (kawan sama2 kaki memalat abang le ni, a.k.a P.A x rasmi Hanif Omar), kitorng terusss ke KLIA. By 4.30 pm, dh sampai. BJE mmg kitorng serahkan pada Muadzam.. mintak tulun jagakan . Kat KLIA mmg dh ramai jemaah lain yg sampai. Lupa nk mention, rombongan kitorng ada seramai 100 org jemaah kesemuanya. Sonok tgk diorng ramai2 dgn family yg dtg kitong. Saat tu mmg terdetik dlm hati ni.. kalo mak aku sihat, dh tentu mak abah pun dtg antor kitorng ke KLIA ni. Mmg sedara mara pun x de yg datang, sebab kitorng decide x nk susahkan diorng. Awal2 lagi pesan kat abah, x payah la inform kat diorng sume.. kalo kitorng dh slmt berangkat then nk citer x pe..Bukan apa, xnak nyusahkan diorang je..Mak mertua dgn ayah mertua aku mmg x dpt dtg, sbb xde sapa yg nk bwkkan diorng. So kiranya kitorng sendiri2 jer la. Takpela, yg penting suami aku ade di sisi.. . Tapi dlm kul 5.30 pm, Maksu call, tanya kitorng kat level brapa, kaunter mana, rupanya dia dh kat parking kat KLIA.. ..Walaupun aku x mengharapkan sesiapa pun dtg menghantar kami, but honestly saat tu, aku rasa tersentuh sangat..nengokkan Maksu, mengingatkan terus pada mak aku. Dan sebenarnya di saat2 itu, barulah aku sedar yg sebenar-benarnya, aku amat2 mengharapkan kehadiran mak abah, yg penting peluk cium dan restu mereka disaat2 pemergian ini Takpelah peluk cium dr maksu pun kurang2nya dpt mengubat rindu aku pada mak...
waaa.. ensemnya.. Laki sapa la ni????
Time ni, sonok pun ada... sedih pun adaaaa..
So dipendekkan citer flight Saudi Arabian Airlines yg kitorng naik tu take off lbh kurang dlm kul 8.30 pm (lambat dlm 1 jam la gak). Nak jadik rezeki kitorng, mmg kitong x dpt dok sebelah nyebelah.. Ala frustnya. Dah la tu..sit kitorng terus terhalang dek kabin makanan tu.. .So mmg masing2 x dpt nak nampak muka la. Tapi kejap2 laki aku dtg la tgk keadaan bininya ni. Ok ke .. x ok ke.. . Perjalanan mengambil masa lbh 8 jam.. Memang kat luar tu x nampak apa la.. gulap gulita. Ditambah pulak dgn ujan lebatnya, kilat pulak tu.. issh mengucap panjang aku time tu. Mintak selamat la sampai je.. . Tapi aku malas sgt nk layan perasaan & pikiran yg ntah hapa2 tu..lagi bagus aku zzzzzzzz je. So kiranya perasaan risau tu dlm keadaan separuh sedar la . Tapi yg pasti, time makan mmg haku sedar betull
Dengan Maksu n Paksu
Klah.. cukuplah dulu intronya... Dh panjang berjela ni aku mengarang. aku sendiri x sangka aku blh mengarah sepanjang ni.. Next extry aku sambung lagi coretan perjalanan kitong kat Madinah Al Munawwarah dulu dan seterusnya di Mekah Al Mukarramah..
Sabar yaaaaa
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Mar-2008 03:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Get to Know My New Menteri Besar, Ir Nizar
|
|
Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak
Johari Jaafar
Thu | Mar 13, 08 | 12:46:32 pm MYT
Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau. Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).
Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban. Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr
| Quote: | Alhamdulillah..akhirnya, rakyat Perak dapat membangun bersama Islam..semoga MB baru sentiasa mendapat petunjuk dariNya dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Mar-2008 05:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dengan satu 'Klik' dosa berterusan hingga ke hari Kiamat
|
|
Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah
dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh
dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat
bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk
penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil
kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih
cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke
jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan
konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.
Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah
syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet
akses bagi memudahkan urusan kerja seharian. Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya
melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam
“emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.
Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan
yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang
mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang
dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya
adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi
hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan
raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah,
menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada
mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.
Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.
Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah
dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja
saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa. Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam
oleh: Ismail Abu Bakar
dipanjangkan info ini dari darussyifa
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Feb-2008 03:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Demam Pilihanraya ke 12
|
|
Saje nak kongsi
DUN yg paling sejuk => DUN Batu Berendam
DUN yg paling panas => DUN Api-api, Sabah
DUN yg paling tak de rasa => DUN Sg. Air Tawar, Selangor
DUN yg paling keras => DUN Bukit Besi, Terengganu
DUN yg paling pelik => DUN Sg. Pelek, Selangor
DUN paling pedas => DUN Bukit Lada, Kedah
DUN yg paling ramai pesakit diabetes = DUN Pemanis, Johor
DUN yg paling kaya => DUN Cukai, Terengganu
DUN yg paling miskin => DUN Kupang, Kedah
DUN yg paling muda => DUN Sri Muda, Selangor
DUN yg paling suka shopping => DUN Belanja, Perak
DUN yg paling banyak bunga => DUN Kebun Bunga, P.Pinang
DUN yg kuat makan satay => DUN Kajang, Selangor
DUN yg kuat gelak => DUN Kuang, Selangor
DUN yg ramai Mat Jenin => DUN Pengkalan Berangan, Tganu & DUN Pmtg Berangan, P.P
DUN yg banyak rim kereta => DUN Rim, Melaka
PAR yg banyak hantu => PAR Puchong, Selangor
PAR yg ada istana => PAR Kota Raja, Selangor
PAR yg paling basah => PAR Sg Besar, Selangor
PAR paling bahaya => PAR Baling, Kedah
DUN yg banyak ikan => DUN Jelawat, Kelantan
DUN paling pendalaman => DUN Hulu Klang, Selangor
DUN banyak air => DUN Ampangan,N9
DUN banyak penganas => DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor
DUN paling takde kemajuan => DUN Gurun, Kedah
DUN paling pelik => DUN Sg Ada Burung, Selangor
DUN banyak lemak => DUN Santan, Perlis
DUN ada binatang => DUN Kijang
DUN paling wangi => DUN Melor, Kelantan
DUN paling tak cantik => DUN Batu Buruk, Terengganu
DUN banyak kayu balak => DUN Meranti, Kelantan & DUN kempas, Johor
DUN paling bersedia => DUN Bkt Payung, Terengganu
DUN paling konfius => Bote kanan/bote kiri
gelak2 jugak, tapi jgn lupa mengundi. Insyallah rasanya ni kali terakhir kitorng laki bini mengundi di kampung halaman masing2. Next election tukar ke DUN Jeram, Parlimen Kuala Selangor plak.
for me,
DUN : Aulong
Parlimen : Taiping
Pusat mengundi : Sek. Keb. Assam Kumbang
and for my husband
DUN : Semenyih
Parlimen : Hulu Langat
Pusat Mengundi: Sek. Keb. Beranang
Selamat Mengundi.....
Allahhuakbar!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Jan-2008 04:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
S.M.I.L.E
|
|
SMILES are the language of love..
A warm SMILE is the universal language of kindness...
A SMILE starts on the lips, a grin spreads to the eyes, a chuckle comes from the belly, but a good laugh bursts forth from the soul, overflows, and bubbles all around..
Life is short but a SMILE takes barely a second...
Every tear has a SMILE behind it..
A SMILE is an inexpensive way to change your looks..
If you see a friend without a SMILE, give him one of yours..
Because of your SMILE, you make life more beautiful..
SMILE, not because it costs you or not, but because you can make someone SMILE and make their day...
So..SMILE please......
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jan-2008 11:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Petrosains KLCC
|
|
Kitorang dh lama plan nk bawak bebudak ni ke Petrosains. Dari tahun lps berjanji, konon2nya nak bawak masa cuti sekolah yg lepas..tapi Pak Lang dgn Mak Langnya ni asyik busy je, dari seminggu ke seminggu, terpaksa postponed, sampai abis cuti sekolah. Finally baru dpt masa yg sesuai, tu pun seminggu lps sesi sekolah start. Takpela.. janji sampai gak. Lama gak kitorang kat dlm tu, almost 3 hrs, sampai terlewat lunch gituh
So kalo korang stakat pusing2 KLCC tu , ada baiknya singgah jugak kat Petrosains ni. Tiket pun reasonable, dan yg penting mmg banyak information yg kita blh dapat, plus dgn aktiviti yg menarik. At least, aktiviti2 tu dpt bagi pendedahan (especially pada bebudak) berkaitan bidang sains.
|
|
|
|
|